Tuesday 3 December 2013

PENJAGAAN RAMBUT MODEN

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk melakukan penjagaan rambut secara moden. Antaranya ialah masker rambut, tonik rambut, sinaran infa merah, menggunakan alat frekuensi tinggi serta menggunakan steamer.

Masker  rambut untuk pelbagai masalah rambut.untuk mengembalikan nutrisi pada rambut
Tonik rambut untuk rambut gugur,memberikan vitaminuntuk kesuburan rambut
sinaran infa merah memberikan cahaya inframerah yang baik untuk menghalang pengeluaran minyak secara aktif membantu memberikan dan berikan kekeringan semulajadi kepada rambut
alat frekuensi tinggi memberikankesuburan kepada rambut disamping merawat kulit kepala yang bermasalah
manakal steamer pula meransang kelembapan rambut, boleh digunakan dalam semua kaedah merawat rambut

PENJAGAAN RAMBUT TRADISIONAL

BAHAN ASLI UNTUK KECANTIKAN DAN PENJAGAAN RAMBUT

Untuk mengurangkan masalah kelemumur di kulit kepala

Menggunakan limau nipis
Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Menggunakan minyak kelapa dara

Panaskan terlebih dahulu minyak kelapa dalam sebuah kotak yang direndamkan pada air panas. Kemudian gunakan minyak kelapa pada kulit kepala dengan meremas-remas serta memijit kulit dengan jari yang dilumuri minyak kelapa. Biarkan minyak kelapa terserap pada kulit kepala dalam beberapa minit.


·        Melembabkan dan menurunkan risiko kerusakan rambut seperti pecah-pecah dan bercabang.
·        Melindungi rambut dari kerusakan dengan kandungan trigliserida yang ada pada minyak kelapa.
·        Meredakan kerontokan dan kerusakan pada rambut.
·        Membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala yang bermasalah.

Menggunakan buah avokado + madu + minyak zaiton

    Belah avokad menjadi dua bagian. Pisahkan dengan kulitnya menggunakan senduk. Haluskan hingga menyerupai teksturnya jadi lebih lembut
Tambahkan minyak zaitun dan madu. Campurkan hingga rata.
Basahi rambut. Lalu, tempelkan ramuan mulai dari ujung rambut hingga akar rambut.
Diamkan selama sekitar 30 hingga 40 minit. Lalu, bilas dengan air dingin. 
Kandungan vitamin E pada avokad dan minyak zaitun, bisa mengembalikan nutrisi pada rambut. Madu juga berfungsi melembabkan. Aplikasikan masker avokad secara teratur, demi mengembalikan kemilau rambut anda.

Untuk mengatasi masalah rambut kering



    Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

.

MASALAH - MASALAH RAMBUT

JENIS - JENIS MASALAH RAMBUT

Terdapat pelbagai jenis-jenis masalah rambut yang dihadapi kini. Antara masalah rambut ialah berkelimumur, rosak, berminyak, kering serta rambut gugur. 



  • RAMBUT KELIMUMUR


Antara punca kenapa berlakunya rambut kelimumur ialah stress, rambut terlalu kering, rambut terlalu berminyak, kulit kepala luka serta cucian kepala yang tidak bersih. pekara ini dapat kita elakkan dengan mengaja rambut dengan sempurna. 




  • RAMBUT ROSAK 



Manakala bagi punca rambut rosak pula ialah terlalu banyak mengenakan tindakan kimia ke atas rambut, contohnya ialah rebonding, perming dan colouring. 




  • RAMBUT KERING 

Berikut merupakan contoh - contoh yang disebabkan oleh kekurangan minyak semulajadi dari kulit kepala yang menyebabkan berlakunya masalah rambut kering dan kembang. 






  • RAMBUT BERMINYAK

Masalah rambut berminyak disebabkan oleh berlebihan minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala melalui kelenjar sebum yang sangat aktif menyebabkan rambut kelihatan basah dan berkilat 


  • RAMBUT GUGUR




Rambut gugur terjadi disebabkan rambut matang lebih awal dari kitaran hayat rambut . Perkara ini boleh terjadi pada kanak, dewasa, dan tua











PENGENALAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA



Struktur rambut untuk rambut yang normal 





STRUKTUR RAMBUT

Untuk pengetahuan semua struktur rambut manusia terbahagi kepada 3 peringkat iaitu kutikel, korteks dan juga medulla. Lapisan kutikel sebenarnya adalah struktur luar rambut secara keseluruhannya manakala korteks pula ialah lapisan yang mengandungi kelenjar-kelenjar sebum ( minyak ) serta boleh berubah mengikut tindakan kimia yang dilakukan ke atasnya. Bagi lapisan medulla pula ialah struktur yang paling dalam pada seurat rambut. Berikut merupakan gambarajah bagi keratan rentas rambut manusia.



keratan rentas rambut




KITARAN AKTIVITI RAMBUT



Tempoh sebulan hingga 3 bulan

Tahukah anda? Kitaran rambut manusia sebenarnya melalui empat fasa secara keseluruhannya. Tempoh bagi keempat-empat fasa tersebut melalui satu tempoh dari sebulan hingga ke 3 bulan. Bagi fasa yang pertama ialah fasa anagen yang mana fasa tersebut rambut baru mulai tumbuh. Fasa yang kedua pula ialah fasa katagen iaitu fasa rambut mulai matang. Seterusnya fasa yang ketiga iaitu fasa telogen yang mana rambut kita mulai gugur dan fasa yang terakhir fasa yang memperlengkapkan kembali fasa rambut yang normal ialah kembali kepada fasa yang pertama iaitu fasa anagen.