Tuesday 3 December 2013

PENGENALAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA



Struktur rambut untuk rambut yang normal 





STRUKTUR RAMBUT

Untuk pengetahuan semua struktur rambut manusia terbahagi kepada 3 peringkat iaitu kutikel, korteks dan juga medulla. Lapisan kutikel sebenarnya adalah struktur luar rambut secara keseluruhannya manakala korteks pula ialah lapisan yang mengandungi kelenjar-kelenjar sebum ( minyak ) serta boleh berubah mengikut tindakan kimia yang dilakukan ke atasnya. Bagi lapisan medulla pula ialah struktur yang paling dalam pada seurat rambut. Berikut merupakan gambarajah bagi keratan rentas rambut manusia.



keratan rentas rambut




KITARAN AKTIVITI RAMBUT



Tempoh sebulan hingga 3 bulan

Tahukah anda? Kitaran rambut manusia sebenarnya melalui empat fasa secara keseluruhannya. Tempoh bagi keempat-empat fasa tersebut melalui satu tempoh dari sebulan hingga ke 3 bulan. Bagi fasa yang pertama ialah fasa anagen yang mana fasa tersebut rambut baru mulai tumbuh. Fasa yang kedua pula ialah fasa katagen iaitu fasa rambut mulai matang. Seterusnya fasa yang ketiga iaitu fasa telogen yang mana rambut kita mulai gugur dan fasa yang terakhir fasa yang memperlengkapkan kembali fasa rambut yang normal ialah kembali kepada fasa yang pertama iaitu fasa anagen.







No comments:

Post a Comment